Tidak lengkap gaya seseorang tanpa minyak wangi, apatah lagi untuk si jejaka. Pasti nya dengan pemilihan minyak wangi yang sesuai dan tepat, sudah tentu akan membuatkan anda lebih yakin dan berketrampilan. Pemakaian yang kemas serta kacak bergaya perlu dipadankan dengan minyak wangi yang sesuai, sama ada untuk keselesaan diri sendiri dan juga orang lain. Namun begitu, pemilihan minyak wangi adalah penting bagi menyerlahkan lagi karakter seseorang itu. Samada maskulin, romantik, kasual, aktif dan sebagainya. Di sini akan disediakan panduan 12 jenama minyak wangi lelaki Malaysia. Sesuai dijadikan rujukan untuk kegunaan seharian anda atau sebagai hadiah kepada yang tersayang.

 

  1. Paco Rabanne 1 Million

Minyak wangi yang terkenal dan laris ini hadir dengan bekas besi bersalut emas, lantas tampil lebih premium dan esklusif buat jejaka macho di luar sana. Paco Rabanne 1 Million menawarkan wangian yang sangat segar dan maskulin, dengan campuran bau kayu manis, limau dan juga mint citrus. Wangian ini sesuai bagi anda yang mahu kelihatan macho, maskulin dan energetic.

 

  1. Bleu de Chanel

Minyak wangi berjenama ini telah dinobatkan sebagai Minyak Wangi Terbaik oleh Majalah Cosmopolitan. Dengan menjanjikan wangian berunsurkan kayu serta aroma yang berbeza dari yang lain, sesuai bagi jejaka yang inginkan kelainan. Ia juga dikenali sebagai Classic Ladykiller – semburan maskulin dan segar.

 

  1. Versace Pour Homme

Dengan menawarkan wangian berunsurkan Mediterranean, minyak wangi ini sesuai dipakai untuk semua acara dan suasana. Berasaskan citrus, daun buah oren serta bunga Neiroli, pasti membuatkan anda tampak lebih seksi dan menawan.

 

  1. Salvatore Ferragamo F Black

Minyak wangi yang elegan dan maskulin ini merupakan hasil campuran bau lavender, lada, ketumbar dan tonka yang pasti membuatkan anda tampak macho tapi manis. Wangian ini sesuai bagi anda yang ingin tampak matang serta professional, bergaya dengan suit.

 

  1. La Nuit de L’Homme Yves Saint Laurent

Wangian ini merupakan kombinasi dari cardamom, bergamot segar, lavender dan cedar. Setiap semburan menawarkan impak maskulin yang tidak terlalu menusuk hidung. Anda juga akan kelihatan klasik dan bergaya, yang sudah pasti menambat hati wanita.

 

  1. Versace Eros

Minyak wangi berjenama ini menawarkan bauan yang eksklusif dan premium, sesuai untuk anda yang inginkan imej mewah. Berasaskan campuran bau vanilla, mint dan tonka, memberikan kesan maskulin dan kemanisan dalam masa yang sama. Namun begitu, wangian ini sesuai dipakai pada waktu malam untuk mendapatkan haruman sempurna.

 

  1. Sauvage by Christian Dior

Diinspirasikan dari tanah lapang yang luas terbentang, dengan langit biru dan cerah mentari. Wangian ini merupakan campuran dari bahan semulajadi yang memberikan impak sedikit spicy dan moden. Ia sesuai untuk anda yang inginkan haruman yang segar dan woody.

 

  1. Acqua Di Gio by Giorgio Armani

Minyak wangi ini akan membawa anda menjelajah ke Laut Mediterrenean. Haruman ini merupakan campuran spices dan citrus, disertakan dengan bauan halus geranium, sage, rosemary dan atchouli. Ia sesuai bagi anda yang inginkan bauan yang memberikan impak akuatik, woody dan aromatic.

 

  1. Alfred Dunhill Desire Red

Minyak wangi yang popular ini sering menjadi pilihan ramai jejaka berikutan baunya yang sangat maskulin. Dengan campuran dari bau citrus dan vanilla, minyak wangi ini pasti dapat menambah keyakinan diri dengan haruman yang memukau.

 

  1. Bvlgari Aqva Pour Homme

Diinspirasikan dari Lautan Atlantik, minyak wangi ini menawarkan haruman yang segar dan energetic. Dengan campuran bergamot, lemon dan vital water, memberikan impak bersahaja dan kasual. Sesuai untuk anda yang inginkan gaya yang santai dan cool.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *