Setiap orang pasti mahu kekal segar dan cool sepanjang hari. Bagi mengelakkan bau badan yang kurang enak terutama ketika berada di tempat awam, kita perlu mengekalkan kebersihan badan dan pakaian bagi mengelakkan jangkitan penyakit. Selain itu, kita juga sering menggunakan pelbagai jenis haruman minyak wangi dan body mist. Namun begitu, ramai yang tersilap dan menyangka bahawa perfume dan body mist merupakan benda yang sama. Ia mungkin sama, tetapi tidak serupa. Walaupun kedua-dua perfume dan body mist dapat memberikan haruman pada tubuh anda, terdapat beberapa perbezaan. Di sini akan dikongsikan perbezaan antara perfume dan body mist yang anda tidak tahu lagi. Semoga ia dapat menjadi panduan anda untuk memilih dan membeli haruman yang sesuai dengan anda, samada perfume atau body mist.

 

perfume

Haruman

Antara perbezaan ketara antara perfume dan body mist ialah haruman. Body mist menghasilkan haruman yang lebih ringan berbanding perfume. Hal ini disebabkan oleh beberapa perkara yang akan dikongsikan dalam artikel ini. Jika anda seorang yang sensitif dengan bau dan wangian, body mist lebih sesuai untuk anda. Perfume pula menghasilkan haruman yang lebih kuat dan tahan lama.

 

Kepekatan

Perfume dan body mist menghasilkan haruman yang berbeza disebabkan oleh kandungan komposisi dan kepekatan yang berbeza. Perfume mengandungi minyak essential yang lebih pekat. Kebiasaannya, perfume diperbuat dari ekstrak bunga-bungaan dan herba lalu menjadikan ia lebih tahan lama. Body mist pula mengandungi minyak essential yang sedikit berbanding perfume.

 

Kandungan air

Body mist mempunyai kepekatan yang cair berbanding perfume kerana ia mengandungi air yang lebih tinggi. Secara amnya, body mist merupakan wangian yang berasaskan air. Kebiasaannya, body mist mempunyai kandungan air yang tinggi dan mengandungi bahan yang boleh melembabkan kulit. Berbanding dengan perfume yang mempunyai kandungan air yang rendah, ia boleh mengeringkan kulit anda. Bagi anda yang mempunyai kulit kering dan sensitif, body mist lebih sesuai untuk anda.

 

Kandungan alkohol

body mist

 

Body mist juga mempunyai kandungan alkohol yang tinggi berbanding perfume. Kandungan alkohol yang tinggi menyebabkan wangian cepat tersejat lalu tidak kekal lama. Selain itu, terdapat body mist yang mempunyai bau alkohol yang sedikit kuat disebabkan oleh kandungan alkohol yang tinggi. Perfume pula kebiasaannya mempunyai kandungan alkohol yang rendah kerana ia mengandungi minyak essential yang tinggi.

 

Tempoh bau

Berdasarkan kandungan komposisi yang berbeza, perfume dan body mist menghasilkan dan mengekalkan haruman untuk tempoh yang berbeza. Wangian body mist tidak tahan lama dan perlu disembur berulang kali untuk mengekalkan harumannya. Ini disebabkan kandungannya yang kurang pekat berbanding perfume. Bagi perfume pula, wangian tahan lebih lama bergantung pada jenis minyak wangi serta kadar kepekatan. Anda boleh tahu lebih lanjut dengan mengenali jenis minyak wangi serta kepekatan wangian.

 

perfume

• Parfum. Kepekatan paling tinggi (20% – 30%) dan paling mahal. Tahan seharian.
• Eau de Parfum (EDP). Kepekatan 15% – 20%. Tahan lebih dari 6 jam (6 – 12 jam).
• Eau de Toilette (EDT). Kepekatan 5% – 15%. Tahan lebih dari 2 jam (2 – 8 jam).
• Eau de Cologne (EDC). Kepekatan 2% – 4%. Tahan sehingga 2 jam.
• Eau de Fraiche (Sillage). Kepekatan 1% – 3%. Tahan hanya untuk jangka masa pendek, kurang dari 2 jam.

 

Harga

Bagi faktor harga pula, perfume lebih mahal berbanding body mist. Hal ini kerana kepekatan haruman pada perfume adalah lebih tinggi dan lebih tahan lama. Body mist pula lebih murah dan mudah didapatkan dengan kandungan yang banyak.

Tidak kira apa pilihan anda, perfume dan body mist memiliki keunikan dan kelebihan tersendiri.

Bagi anda yang menggemari perfume, kini terdapat perfume lotion yang diinspirasikan daripada jenama perfume terkenal. Ianya 100% berasaskan air, tidak melekit dan selesa dipakai. Layari perfume lotion no.1 Malaysia sekarang.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *